JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

JOM UNDI PAKATAN HARAPAN
JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

Sunday, June 10, 2018

Lobi bantu Amiruddin mendahului senarai calon MB Selangor

Exco 2 penggal Amiruddin Shari dikatakan mendahului senarai
calon menteri besar Selangor. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA: Sepuluh hari lagi menteri besar Selangor yang baru akan dilantik, pihak-pihak yang bersaing mengemukakan 2 nama sebagai pendahulu saingan, iaitu Dr Idris Ahmad, 70 atau ahli Exco, Amiruddin Shari, 38. 

 Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail mengesahkan Idris dicalonkan, dan nama lain turut dikemukakan untuk dipertimbangkan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah. 

 Semalam Idris berkata, beliau dimaklumkan namanya merupakan calon tunggal. 9 Bagaimanapun, pemimpin utama PKR menegaskan Amiruddin Shari lebih berkemungkinan dilantik, dan wujud persetujuan dalam kalangan beberapa pemimpin PKR lain. 

 Amiruddin, Adun Sungai Tua, merupakan ahli Exco selama 2 penggal. 

 “Beliau aktif dan mempunyai pengalaman dengan belia, sukan, pembangunan usahawan dan pembangunan luar bandar,” menurut sumber dalaman parti. 

Adun Seri Setia, Dr Shaharuddin Badaruddin juga dicalonkan. 

 Walaupun Dr Wan Azizah mengesahkan Idris sebagai calon, ramai yang menyokong Amiruddin berkata Idris tidak mempunyai pengalaman pentadbiran yang mencukupi. 

 Menteri besar sekarang, Datuk Seri Azmin Ali mengangkat sumpah sebagai menteri hal-ehwal ekonomi dalam Kabinet pusat, tetapi diarahkan Sultan Selangor supaya terus memimpin Selangor sehingga pengganti dilantik. 

 Azmin merupakan Ahli Parlimen Gombak dan juga Adun bagi Bukit Antarabangsa.~ freemalaysiatoday
Comments
2 Comments

2 comments :

Anonymous said...

Moga dipermudah selangor memerlukan sorang mb yg serba boleh yg mampu menjaga Alam sekeliling nature the green of selangor mb yg sudah sudah tak menepati kehendak warga selangor kejayaan kerajaan yg ada adalah kekuatan manifesto bersama bukan individuals ingat tu maknanya yg memenangi dewan undangan negeri dri pkr berkelakuan mengalas tugas itu layak dicalonkan candidates letak tepi keperhatinan dan kepekaan itu penting berjiwa orang orang kebanyakan aku tak pandang muka tapi quality do u understand sir

Anonymous said...

Saya rasa amiruddin belum layak perlu byak menimba ilmu di bawah dia hal FAS x blh nak settle...siap x dpt main di stadium s.alam..cuba fikir2 kn layak ke dia jd mb jika hal kecil tu pn x blh selesai...hu2

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...