JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

JOM UNDI PAKATAN HARAPAN
JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

Thursday, June 14, 2018

MALAYSIA TANPA RASIS

Oleh Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi 

 Masih ramai guru yg berpemikiran rasis termasuk guru pendidikan Islam. Acap kali aku dengar anak-anak bercerita tentang sebahagian guru mereka yg membangkitkan sentimen anti cina ketika mengajar. 

 Hal ini perlu diberi perhatian serius oleh kerajaan. Malaysia baru mesti bebas daripada rasis. Negara ini akan menuju kehancuran jika benih-benih pemikiran rasis tidak dibasmi. 

 Kecintaan kpd bangsa sendiri sewajarnya menyuburkan perasaan menghormati orang berlainan ras, bukan memusuhi mereka. Anak-anak wajib diajar mengakui dan mengiktiraf kewujudan orang berlainan ras sebagai suatu sunnah alam. 

 Subjek pendidikan Islam mesti menjadi subjek yg menghidupkan dan menyuburkan rasa hormat antara sesama manusia, bukan melahirkan pentaksub bangsa. 

 Begitu juga dgn subjek sejarah. Menghargai sumbangan semua orang tanpa mengira bangsa adalah ruh subjek itu. 

 Ayuh, kita bina Malaysia bebas rasis.
Comments
3 Comments

3 comments :

Anonymous said...

Ya, dlm uitm pun ramai pensyarah yg rasis, suka cuci otak pelajar utk suburkan sentimen kebencian antara kaum. Harap Dr. Maszlee boleh lakukan sesuatu.

Anonymous said...

BOLEH buang negara lokman Adam ni

Anonymous said...

Hapuskan BTN. Ini kepala bapak rasis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...