JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

JOM UNDI PAKATAN HARAPAN
JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

Tuesday, June 19, 2018

MB perlu sahkan kelulusan akademik demi imej PH Perak.

Ramai yang gesa Faizal supaya mempamerkan sijil atau
ijazahnya ataua muat naik gambar Graduationnya 
Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu perlu mengesahkan kelulusan akademiknya demi memelihara imej bersih, profesional dan berintegriti Pakatan Harapan negeri Perak. 

 Pengerusi Pakatan Harapan Perak, Ahmad Faizal Azumu, telah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar (MB) Perak pada 12 Mei 2018 yang lalu. 

 Namun, menurut anak Perak di Perantauan Ahmad Jamali Sepihie keresahan para penduduk negeri Perak mengenai status kelulusan akademik MB Perak yang baharu ini rupanya masih berterusan. 

 Pada 11 Jun 2018 dilaporkan terdapat penularan di media sosial yang mempersoalkan kelulusan MB Perak sama ada beliau benar-benar berjaya mendapat Ijazah Kajian Perniagaan dari Universiti Edith Cowan, Perth Australia, sebagaimana yang telah diwawarkan di dalam profil professional di dalam Wikipedia, poster-poster di media sosial dan whatsapp. 

 Di media sosial, dikatakan ramai yang mengenali beliau telah mempersoal kesahihan kelulusan akademik MB Perak sebagaimana tertera di dalam poster Bernama. 

 Sebelum ini, Ahmad Faizal menyerahkan kepada rakyat untuk menilai kelulusan akademik yang dimilikinya ekoran tular di laman sosial pihak yang mempertikai perkara itu. 

 Beliau yang enggan mengulas lanjut berkata, terpulang kepada rakyat untuk menilai kesahihan Ijazah Kajian Perniagaan dari Universiti Edith Cowan, Perth Australia yang dimilikinya. 
Comments
8 Comments

8 comments :

Azezuhaleem mat yazid said...

Adakah kelulusan tinggi menjamin pemerintahan yg telus.tak yah nak merendahkan insan.

Anonymous said...

Bukan kelulusan tinggi atau rendah yang menjamin pemerintahan yang telus tp intergriti seseorang...tapi dalan kes ini integriti beliau dipertikaikan kerana ckap dapat degree dr edith cowan tp bila nitezen pertikai x mau tunjuk buktti...ini penipu namanya....pecat jer dia kalau x dapat tunjukkan bukti.

Anonymous said...

Bukan nak merendahkan insan tetapi mb perak sendiri yang menyatakan beliau kelulusan dari edith cowan uni...tp bila nitizen pertikai x mau tunjuk bukti...mana ketelusan dan intergriti mb ni...x layak jika penipu jadi pdmimpin.

Anonymous said...

Bukan nk merendahkan orng tp mb sendiri yang mengaku dapat degree dr edith cowen uni...bla orng sekeliling dia n nitizen minta bukti dia x bg lagi...itu dh x telus dan menipu...klu di jepun or eropah dah letak jawatan kat sini buat bodoh jer. Pecat jer mb klu x dapat tunjuk bukti...

Anonymous said...

ia bukan berkaitan kelulusan ..tapi integriti
spm pun tidak mengapa ..tun ghafar baba pun diterima masyarakat
walaupun kelulusan akademik tidak tinggi..
ayat quran mengingatkan kita ..jangan kata yang kita tidak buat
..mb mesti mempunyai integriti yang sangat tinggi
..Bill clinton bersalah bukan kerana hubungan dengan denagn monica lewinsky tapi bersalah kerana berbohong kerana mengatakan tiada hubungan dengan monica..

air gunung said...

Benar saudara azez kelulusan tinggi bkn jaminan.

Tapi kejujuran merupakan perkara terpenting dlm pemerintahan.
Kita mahu semua penjawat awam dan pemegang amanah negara berlaku jujur.
Isu disini adalah JUJUR.
Cubalah sedaya upaya kelihatan JUJUR.

Anonymous said...

ada org diaustralia semak dgn pihak university, nama dia tak ada dlm senarai penerima ijazah. kalau layari laman web uni tsb, memang tiada kursus pengajian perniagaan (business studies). business studies is no longer relevant.

PH berjanji akan telus dan jujur dlm pemenrintahan. utk mengelakkan pandangan negatif rakyat, sila tunjukkan sijil atau gambar naik pentas sms terima ijazah tsb. susah sangat ke? atau memang tiada? teepoo???

kalau dlm bab simple mcm ni pun nak tipu, mcm mn pula dlm bab2 yg masih blm tdedah?

Anonymous said...

Jangan menipu yeop oi. Kalau tidak sepenggal saja jadi YB. Tak berbaloi.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...