JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

JOM UNDI PAKATAN HARAPAN
JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

Thursday, June 07, 2018

NAJIB BERPELUH HADAPI TOMMY THOMAS

Syukur alhamdulillah akhirnya drama perlantikan Peguam Negara baru Tommy Thomas berakhir. Bekas Peguam Negara, Apandi Ali dipecat. Bye-bye Apandi. Dulu jadi calon UMNO kalah di Kelantan. Disintuklimau Najib jadi Peguam Negara kamu cuba lindungi penyamun kelas cakrawala. Tuah hilang, sial yang datang.

Najib boleh tempah bekas Peguam Negara US sebagai penyelamatnya menghadapi kes 1MDB. Dunia tunggu keputusannya. Tommy Thomas akan pastikan kamu dan para kroni kamu akan merengkuk berpuluh tahun dalam penjara bukan saja di Sg Buloh tetapi juga di US, Switzerland, Singapura dan Hong Kong entah di mana lagi. Mungkin kamu dan para kroni reput dalam penjara kelak.

Skandal 1MDB datuk nenek segala skandal beb. Siapa sangka anak Tun Razak, mantan Presiden UMNO, mantan PM, dipacu bininya  super  rakus, super boros, super gila kuasa, akhirnya menjilat bumi pada 9 Mei lalu. Mantra 'cash is king' rupa-rupanya tak berkesan untuk merasuah berjuta rakyat yang benci terhadapnya, bininya, anaktirinya dan kerajaan super korup BN pimpinannya. Dengan kuasa Allah Tun M berusia 92 tahun, yang dihina, dicerca, diugut, menjatuhkan pahlawan Bugis dalam pertarungan hidupmati politik masing-masing pada pru 14 lalu.

Seluruh rakyat cinta damai sembahyang hajat dan berdoa agar Tommy Thomas berjaya mengheret Najib dan kabilah koruptornya dalam skandal 1MDB dan SRC International ke penjara kelak. Mereka pengklhianat negara. Tak ada maaf bagi penjenayah seperti mereka. Rakyat terpaksa membayar hutang 1MDB berjumlah RM42 billion lebih akibat tindakan penyamun Bugis dan bininya serta Jho Low dan kabilah kroni mereka.

Janji kerajaan PH mesti ditunai. Tun M akan buktikan kepada masyarakat dunia Malaysia tidak melindungi para koruptor kelas super jerung dan naga. Welcome Tommy Thomas. Najib is shivering in his pants now.

Yahaya Ismail
Comments
1 Comments

1 comment :

Anonymous said...

bukan ka lebih baek apandic ni yg jd peguam si najib. atau si apandi ni x sehebat mana pon.. lg mau jd AG

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...