JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

JOM UNDI PAKATAN HARAPAN
JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

Friday, June 01, 2018

PERINGATAN...!

Antara penyumbang kepada KEMUSNAHAN Umno adalah apabila ahli Koporat menguasai parti. Golongan pencinta kepada perjuangan Umno yang berasaskan perlembagaan Umno dikesampingkan oleh tuntutan semasa. 

Golongan seperti para Guru dan agamawan yang terawal sebagai pejuang kepada Umno tersisih apabila penguasaan ahli-ahli koporat yang melabur berbagai INDUK KEMUDAHAN kepada pemimpin Umno dari peringkat bawah hingga keperingkat pimpinan akhirnya telah membawa UMNO keperingkat KECUNDANG apabila golongan koporat mula mengali imbuhan atas apa yang dilaburkan.

Kini proses sebegini melingkungi PAS. Kini PAS amat berbangga dengan kehadiran sumbangan yang dikatakan berjuta yang kononnya datang dari pencinta perjuangan mereka dengan menafikan dengan penuh minat bahawa golongan ini BUKAN mencari hasil dari yang dilaburkan. Contoh terbaik adalah apa yang telah berlaku di Kelantan. KOPORAT BALAK DAN LOMBONG MELINGKUNGI DAN MEMENUHI KEHENDAK POLITIK PAS. Tunggulah kemusnahan PAS seperti yang UMNO hadapi kini.

Bagi PAKATAN HARAPAN, kini golongan koporat dilihat mula menempek dan mula sanggup tidak tidur semata-mata untuk dilihat sebagai pendokong dan penyokong kepada golongan yang telah menang ini. Lebih ketara dilihat kehadiran golongan ini setelah Anwar Ibrahim dibebaskan. Penyataan ini mungkin menimbulkan kemarahan kepada penyokong beliau namun sebagai pemerhati politik, realiti boleh saja dinafikan namun KENYATAAN TIDAK MAMPU DIPADAM.

Nasihat ambo, ingatlah golongan yang SUSAH DAN BERKORBAN UNTUK KEMENANGAN PAKATAN HARAPAN adalah rakyat biasa yang tidak pun bertaraf koporat. Jangan lupa dengan sejarah kebangkitan UMNO serta rentetan kejatuhannya.

Ingatlah sejarah kebangkitan dan  kejatuhan LDP dijepun serta  Parti Bharatiya Janata di India setelah kemenangan mereka perolehi!

NYAMUK MENGGIGIT 
29 Mei 2018
Comments
1 Comments

1 comment :

azhar rangkuti said...

Sewaktu PR berjaya menawan 5 negeri termasuk Selangor dlm PRU 12, 2008; golongan ahli perniagaan terutama kontraktor mula kelihatan menghimpit ahli2 politik dari pimpinan Negeri & Bahagian

Mereka yg kebanyakannya ahli UMNO mula berjinak2 dengan parti2 PR & menaja program2 parti2. Malah ada yg melompat menjadi ahli parti2 PR & bertanding merebut jawatan dalam pemilihan parti

Fenomena yg sama berlaku sekarang apabila PH menjadi Kerajaan Pusat dengan kemasukan ahli2 dari parti2 BN ke PH. Keikhlasan perjuangan mereka dipertikai & dikhuatiri akan menjadi PARASIT yg akan membunuh PH sekiranya diberi ruang & peluang utk aktif & rapat dengan pimpinan parti

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...