JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

JOM UNDI PAKATAN HARAPAN
JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

Saturday, June 23, 2018

Pihak berkuasa Perancis susuli siasatan pembelian Scorpene

Bernama 

Bekas PM Najib Razak merupakan menteri pertahanan apabila perjanjian
pembelian kapal selam itu dimeterai.

 KUALA LUMPUR: Pihak berkuasa Perancis menerusi badan kehakimannya menjalankan usaha susulan membabitkan siasatan berhubung pembelian kapal selam Scorpene bernilai 1 bilion euro. 
  
 Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata perkara itu didedahkan sendiri oleh Duta Perancis ke Malaysia, Frederic Laplanche dalam satu pertemuan dengan beliau di kementerian itu di Putrajaya hari ini.                 

 Dalam makluman yang disiarkan di laman Facebook Kementerian Kewangan, beliau berkata ini bagaimanapun tidak melibatkan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu kerana ia di luar bidang kuasa Perancis. 

 Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan menteri pertahanan pada 2002 apabila perjanjian pembelian kapal selam itu dimeterai antara Perancis dan Malaysia. 

 “Perbincangan saya dan Duta Frederic Laplanche adalah menarik kerana menyentuh bidang kepentingan bersama yang dapat memupuk hubungan akrab rakyat kedua-dua negara. 

 “Malah, beliau turut memberi sokongan penuh terhadap usaha Kerajaan Malaysia baharu yang mempromosikan ketelusan dan pendedahan skandal kewangan dengan kebenaran dan keadilan harus dijadikan tunjang utama,” katanya.~freemalaysiatoday
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...