JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

JOM UNDI PAKATAN HARAPAN
JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

Sunday, June 10, 2018

PKR serah nama saya seorang, kata calon MB Selangor

Dr Idris berkata Anwar dan Wan Azizah memaklumkan parti mencadangkan nama beliau seorang kepada Sultan Selangor.

Idris mengingatkan keputusan muktamad di tangan Sultan Selangor.
(Gambar Facebook) 
  PETALING JAYA: Adun Ijok Dr Idris Ahmad berkata partinya, PKR mencadangkan nama beliau seorang kepada Sultan Selangor untuk dipertimbangkan sebagai menteri besar baru. 

 Beliau yang kini memasuki penggal kedua sebagai wakil rakyat Ijok berkata perkara itu dimaklumkan oleh Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. 

 Sekiranya pencalonan beliau dipersetujui Sultan Sharafuddin Idris Shah, Dr Idris akan menggantikan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang melepaskan jawatan untuk berkhidmat sebagai menteri hal ehwal ekonomi di Putrajaya. 

“Presiden dan ketua umum maklumkan kepada saya. Namun surat menyurat itu saya tidak tahu. 

 “Cumanya saya diberitahu nama saya seorang dihantar ke istana,” katanya. 

Istana Selangor sebelum ini mengumumkan Istiadat Angkat Sumpah Jawatan Menteri Besar Selangor yang baru dijadualkan pada 19 Jun di Istana Alam Shah, Klang, iaitu 4 hari selepas umat Islam menyambut Aidilfitri. 

 Azmin sebelum ini dilaporkan berkata, kemungkinan calon yang bakal menggantikannya bukan dalam kalangan exco. 

 Meskipun begitu, Dr Idris mengingatkan keputusan muktamad di tangan Sultan Selangor. 

“Soal dilantik atau tidak itu terpulang kepada Sultan Selangor. Saya terima apa-apa juga keputusan. 

 “Namun memang saya sudah dapat restu dari ketua umum dan presiden parti dan mereka mahukan saya,” katanya. 

 Dr Idris berkata, jika diberi keyakinan untuk menerajui Selangor, beliau berjanji akan membawa negeri terus maju ke hadapan seperti Azmin dan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. 

 “Kalau diberi peluang, insya Allah saya akan meneruskan apa yang dilakukan Khalid dan Azmin,” katanya. 

 Dr Idris dipilih menjadi calon PKR di DUN Ijok pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) selepas Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berpindah kawasan pilihan raya ke Pelabuhan Klang. 

 Kerusi Ijok dimenangi Dr Idris pada PRU-14 dengan mengalahkan calon Barisan Nasional (BN) K Parthiban; PAS (Jefri Mejan) dan Parti Rakyat Malaysia (T Kumaran).~ freemalaysiatoday
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...