JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

JOM UNDI PAKATAN HARAPAN
JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

Wednesday, June 20, 2018

Putrajaya bersih aset negara, lebih ramai CEO GLC disingkir

Kerajaan Pakatan Harapan diterajui Dr Mahathir Mohamad mahu ketua
 syarikat berkaitan kerajaan diterajui mereka yang boleh buat kerja,
bukan budak pancaragam Barisan Nasional Najib Razak dahulu. 
PUTRAJAYA menyingkirkan lebih ramai ketua pegawai eksekutif (CEO) syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dalam proses pembersihan besar-besaran dilakukan ke atas lantikan politik Barisan Nasional (BN) selepas kerajaan berubah kesan pilihan raya umum 9 Mei lalu. 

 Kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak akan memperbaharui kontrak CEO Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) Mohd Badlisham Ghazali yang tamat hujung bulan ini dan CEO Malaysian Resources Corporation Berhad Mohamad Salim Fateh Din akan bersara pada akhir Jun ini, kata sumber. 

 The Malaysian Insight difahamkan yang pengganti mereka akan diumumkan dalam tempoh dua minggu lagi. Badlisham yang menjadi CEO MAHB pada Jun 2014 adalah sebelum ini bersama Malaysian Digital Economy Corporation (MDEC), Salim pula adalah pemegang kepentingan utama MRCB menerusi syarikatnya, Gapurna. Majoriti kepentingan MRCB adalah dana pencen awam, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). 

 "Salim sudah meluahkan hasrat untuk berundur kepada lembaga pengarah pada Januari selepas melengkapkan pelan transformasi MRCB termasuklah penstrukturan semula hutang," kata sumber. 

 Sumber juga menyebut yang beberapa orang lagi CEO syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dan bank dijangka akan ditamatkan perkhidmatan menjelang September, beberapa orang pegawai tinggi kerajaan juga akan digantikan dalam masa terdekat. 

 “Untuk lantikan politik, hanya tunggu masa, terutama sekali mereka yang dilihat rapat atau berkempen untuk kerajaan BN pada pilihan raya 2018,” kata sumber kepada The Malaysian Insight. 

 “Ia adalah soal profesionalisme dan kesetiaan. Putrajaya mahu mereka yang boleh bekerja, bukan mereka yang dilihat hanya sebahagian daripada pancaragam kerajaan lama,” sindirnya dengan merujuk sebuah video musik memaparkan 53 orang CEO GLC menyanyikan lagu “Hebatkan Negaraku” dalam kempen pilihan raya BN sebelum ini. 

 Tukang kreatif video itu yang juga dalang kempen pilihan raya BN, Mohamed Shazalli Ramly sudah meletak jawatan sebagai CEO Telekom Malaysia Berhad bermula 6 Jun lalu. 

CEO GLC sebelum ini yang dilihat rapat dengan pentadbiran Najib Razak dan
meraih jawatan itu kerana hubungan politik akan digugurkan, bagi memastikan
hanya mereka yang boleh buat kerja berada dalam aset pelaburan negara.
  “Ada orang akan nampak macam balas dendam tetapi realitinya PH mahukan mereka yang boleh buat kerja sebagai CEO- iaitu menerajui syarikat dan memberikan pulangan terbaik kepada pemegang kepentingan iaitu kerajaan. 

“Mereka tak mahu budak pancaragam menerajui komponen kritikal ekonomi negara,” kata satu lagi sumber kepada The Malaysian Insight. 

 Katanya, wujud cubaan melobi untuk mengekalkan CEO ini tetapi kerajaan pimpinan Dr Mahathir Mohamad sudah bertegas mahukan semua lantikan politik digugurkan.

 Kebanyakan CEO ini sudah bertemu dan menjelaskan kerja mereka kepada Majlis Penasihat Kerajaan yang dipengerusi bekas menteri kewangan, Daim Zainuddin sejak kerajaan baru PH dibentuk 10 Mei lalu. 

 CEO berkenaa
n adalah dari GLC dan GLIC seperti Kumpulan Khazanah Nasional Berhad dibawah Syarikat Milik Kementerian Kewangan (Diperbadankan), syarikat-syarikat pegangan KWSP dan syarikat-syarikat milik Permodalan Nasional Berhad (PNB).

 Difahamkan yang sebahagian CEO GLIC juga akan digugurkan, paling lewat pada Hari Malaysia 16 September depan.

 Sumber juga menyebut beberapa penjawat tinggi awam sudah berjumpa dengan ahli Majlis dan sedang menunggu nasib mereka yang akan diputuskan selepas cuti panjang Hari Raya.

 “Penjawat awam tinggi ini akan menyertai senarai mereka yang digugurkan. Malah, ada beberapa orang juga perlu menjangkakan yang mereka akan didakwa atas kesalahan jenayah kerana peranan mereka dalam kerajaan dahulu,” kata sumber lagi.

 “Kita perlu baiki institusi ini dan dapatkan yang terbaik untuk bekerja, bukan mereka yang berada di situ kerana jaringan dan ikatan politik,” tambahnya. – 19 Jun, 2018.~ themalaysianinsight
Comments
1 Comments

1 comment :

Anonymous said...

Yang menjadi mangsa adalah kakitangan bawahan atau buruh kasar.Gaji CEO dan BOD ratus ribu.Kakitangan bergelut dengan gaji yang ciput.Inilah hasil dari dasar pengswastaan.Di masa hadapan kalau kerajaan hendak berniaga wujudkan GLC yang baru, bukan mengswastakan Jabatan kerajaan yang sedia ada.
Contoh Jabatan Telekom Malaysia yang diswastakan menjadi TM pada hari ini.Saham-saham disapu licin.Kakitangan yang tidak menyokong UMNO disejuk bekukan.Kenaikan pangkat jauh sekali bukan berdasar pada kelayakan tapi kaitan dengan UMNO.
Yang dikatakan lantikan politik sesuka hati mereka menjadi CEO mana-mana syarikat korporat.CEO Celcom lompat masuk TM.CEO Maybank boleh masuk TM.Muka yang sama.Apa jadi pada TM sebagai contoh Wahid Omar?PNB kalau tak diawas akan melingkup.Itu pun kebetulan PH memerintah sekarang.Kalau tidak, ada saja projek mereka nak umum.
EPF pulak dasar baru umur 60 tahun baru boleh keluar simpanan.Simpanan pekerja nak bantu ekonomi Amerika kononnya.Apakah CEO EPF tak ada hati perut ?
CEO TM yang betukar ganti apakah mereka tiada hati perut melihat buruh kasar yang bekerja siang malam setelah ditamatkan perkhidmatan mereka hanya ada pencen RM270 untuk hidup tahun 2018,2019,2020 dan seterusnya.CEO ini perlu bekerja 2,3 bulan sahaja untuk menyamai simpanan EPF pekerja yang berkhidmat selama 37 tahun.Apakah kerajaan sebelum ini dan yang ada sekarang buta perut?
Bertungkus lumus pekerja kerja macam lembu untuk mencapai sasaran dan KPI.Hasil berganda tapi bonus siapa yang sapu?
Contoh hasil TM 2016 dan 2017 memang jauh perbezaan keuntungan.Tapi apa hasilnya?Bertahun kakitangan berjuang untuk keadilan namun inilah hasil yang dinamakan lantikan politik.Seolah hanya atas kertas untung rugi syarikat hendak ditulis berapa jumlah angka.BOD pulak tak boleh diaudit hatta audit dari planet marikh.Apa punya dasar pengswastaan ini?
CEOnya tak ada keja lain asyik menyanyi.Masa di Celcom kakitangan melopong,bonus tak ada.
Masuk TM sebagai CEO bonus kakitangan disapu.Tak sampai setahun udah nak menipu.Mana perginya bonus kakitangan TM ? Apakah duit TM juga disapu untuk bayar hutang 1MDB?????????
Kalas.


Bekas k/tangan JTM/TM pencen 2017.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...