JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

JOM UNDI PAKATAN HARAPAN
JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

Friday, June 08, 2018

Siasatan AKSB tidak perlu libatkan SPRM


KOTA BHARU – Jabatan Audit Negara adalah badan yang sepatutnya menyiasat kes melibatkan dakwaan wujudnya ketirisan dalam Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB).

 Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak perlu menyiasat perkara tersebut memandangkan ia tidak melibatkan salah laku rasuah dan sebagainya.

“Katanya (AKSB) berlaku ketirisan. Isu ketirisan patut Jabatan Audit siasat. SPRM boleh siasat kalau berkaitan rasuah, kalau ketirisan hanya audit sahaja. 

“Kita sendiri ada melakukan audit dan Jabatan Audit Negara akan tegur jika ada masalah. Tidak perlulah SPRM siasat, sebab ia masalah pengurusan, bukan berkaitan dengan rasuah,” katanya kepada media selepas Mesyuarat Exco di Kompleks Kota Darul Naim di sini, hari ini.

 Beliau diminta mengulas mengenai tindakan Pemuda Bersatu negeri yang sebelum ini meminta SPRM membuat siasatan terhadap AKSB kerana didakwa wujud ketirisan dalam badan itu.~ sinarharian
Comments
2 Comments

2 comments :

Anonymous said...

Biar la disiasat sprm supaya semua pihak puas hati. Ni lah peluang nak bersihkan rekod. Lebai dah goyang ke?

Anonymous said...

Knp takut sgt dgn sprm? Kan dah mendabik dada kata pas sifar rasuah

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...