JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

JOM UNDI PAKATAN HARAPAN
JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

Wednesday, June 13, 2018

SPRM serah kertas siasatan 1MDB kepada Jabatan Peguam Negara

Tommy Thomas juga baru menandatangani permohonan Bantuan
Perundangan Bersama dari Switzerland, Amerika Syarikat,
Perancis dan Emiriah Arab Bersatu. (Gambar Bernama)
PUTRAJAYA: Jabatan Peguam Negara menerima kertas siasatan berkaitan 1MDB daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini. 

 Dalam satu kenyataan, Peguam Negara, Tommy Thomas berkata Jabatan Peguam Negara memerlukan masa untuk mengkaji kertas siasatan itu tetapi menghargai tindakan segera dan sensitiviti tugasnya. 

 “Untuk melaksanakan tugas kami dengan efektif, saya melantik satu pasukan untuk mengkaji kertas itu dengan tujuan kemungkinan memulakan pendakwaan jenayah dan prosiding sivil,” katanya. 

 Beliau berkata, anggota kedua-dua pasukan terdiri daripada timbalan pendakwa raya dan peguam kanan persekutuan berpengalaman yang akan melaporkan terus kepadanya. 

 Thomas berkata, beliau baru menandatangani permohonan Bantuan Perundangan Bersama dari Switzerland, Amerika Syarikat, Perancis dan Emiriah Arab Bersatu serta berharap mendapat bantuan dan menjalin kerjasama dengan mereka.~ freemalaysiatoday
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...