JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

JOM UNDI PAKATAN HARAPAN
JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

Saturday, June 09, 2018

TAK PERLU LIBATKAN PAS

Oleh Zolkharnain Abidin al Abyadhi

1. Melalui TITM, Pas tawar diri utk memperkasakan Jakim. Jika pendapat aku diminta, aku kata, dalam usaha utk memperkasa, menjenama semula atau apa saja mem terhadap Jakim, aku harap Pas tak perlu dilibatkan.

2. Bukan aku nafikan kewujudan mereka yg berkebolehan dlm Pas dlm soal hukum-hakam fiqh, tapi dalam soal menjadikan Jakim sebuah institusi yg inklusif, realistik dan progresif, pemimpin Pas bukanlah orangnya.

3. Sikap pemimpin Pas yg keras tak bertempat, provokatif, tidak meraikan perbezaan, rasa diri sendiri saja yg betul, menyempitkan tafsiran syariah kpd hukuman saja, gopoh-gapah, konservatif.... tidak akan menjadikan usaha membina semula Jakim akan mencapai hasilnya.

4. Isu Akta 355 yg dipelopori oleh Pas dan disokong oleh Jakim sudah menjadi bukti bahawa Pas bukanlah sesuai dirundingi dlm urusan memberi wajah baru kepada sebuah institusi agama besar seperti Jakim. 

5. Jika Pas dilibatkan juga, usaha itu akan menemui jalan buntu kerana sikap pemimpin Pas yg suka memaksakan idea mereka terhadap orang lain. Mereka mahu, dlm urusan agama, tafsiran mereka saja yg diterima. Bagi mereka, tafsiran orang lain tentang agama adalah tafsiran golongan liberalis, sekularis dan macam-macam lis dan ris lagi.

6. Bacalah tulisan pemimpin mereka tentang Islam, semuanya bernada keras terutama dlm konteks hubungan dgn non muslim dan komuniti yg mereka labelkan liberalis dan sekularis. Bahkan Tun M sendiri, apa label yg mereka tidak tampalkan ke atasnya?

7. Saya fikir, Pas usahlah sibuk diri dgn urusan Jakim. Eloklah mereka baiki dulu gaya fikir dan gaya tindak Pas sendiri dlm mendepani pelbagai isu dlm sebuah negara multi racial seperti Malaysia. Perkasakan dewan ulama dan ulama Pas sendiri yg doa laknatkan orang itu dan orang ini di situ dan di sini.

8. Jika Pas dilibatkan sama dlm usaha menjenama semula Jakim, agensi itu tak akan memberi wajah sebenar kpd Islam yg didokong oleh PH, tetapi akan berada pada wajah asalnya seperti Jakim pada era BN.
Comments
2 Comments

2 comments :

Anonymous said...

Usah layan pas. Pas jaga kelantan dan tganu. Klu berjaya baru boleh dipertimbangkan

Anonymous said...



Satu drp elimen terpenting yg sgt2 sinonim rapat lg erat dgn Islam adalah CAHAYA..

Boleh juga kita rumuskan bhw Islam itu adalah CAHAYA, dan CAHAYA itulah yg mnjd hakikat hakiki kpd Islam itu yg sbnr2nya..

Hatta ddlm Quran sendiri ungkapan CAHAYA itu diulang2 berpuluh2 kali, termasuk satu surah khusus yg diberi nama surah-CAHAYA, iaitu surah An-NUUR itu sndiri..

Apb Islam itu dilihat drp sudut CAHAYA yg maha2 terang sgl2nya mnjd mudah indah teserlah..

Malangnhya apb Islam dirujuk semata2 kpd teks Arab kuno, ddlm ruang lingkup bahasa Arab yg jumud sempit berbelit2, lalu Islam itu pon seolah2 dilihat berada ddlm kotak tertutup 'gelap' penuh kebuntuan yg langsung tiada jln keluarnya samasekali..lahirlah individu2 yg gelap malap itu yg mudah diUMPAN mnjd talibarut2 pakturut sdondon, yg terlalu mudah diarah menyondol melutut kesana dan kemari smata2 krn nafsu mmentingkan diri..


Apb kita bnar2 berusaha dan berani melihat Islam itu drp sudut CAHAYA-NYA yg maha2 terang, kita samaskali tidak akan terikat lg dgn teks2 kuno Arab atau bahasa Arab itu sendiri krn sbnr2 tujuan bahasa yg ALLAH ingin rumuskan melalui Quran itu adalah semata2 elemen CAHAYA yg dpt mnjd "pembeza" diantara yg gelap dan yg TERANG.. dimana CAHAYA yg maha2 terang itulah yg mnjd dasar yg sbnr2nya yg tlh mnjd hakikat @ rahmat/CAHAYA kpd keseluruh alam..yg mnjdkan sgl2 nya bnar2 MUDAH INDAH TESERLAH..


Hampir semua diantara kita yg bnar2 mmiliki CAHAYA terbuka, yg cergas dan waras berfikir, yg tidak perlu pon tau/mahir berbahasa Arab itu, apb disebut shj nama2 sprt JAKIM, JAIS serta pusat2 zakat dll akan mula tergambar ssuatu yg lembab malap lg gelap, dan ini bukan semata2 persepsi ttpi realiti bila kita mnjejakkan kaki utk berurusan dgn mrk! So dimanakah CAHAYA=Islam yg maha2 terang benderang itu?

Kita juga mempersoalkan kemana perginya berbillion2 duit zakat terutamanya diwialayah persekutuan dan Selangor selama ini tlh digunakan? Bukankah ini semua merupakan ciri2 gelap dan bukti kegelapan yg trjd dimana CAHAYA yg dipanggil "audit" itu hampir tidak wujud samaskali disini!? Layakkah pusat2 sebegini dikaitkan dgn Islam=CAHAYA?

Kita juga tlh saksikan apb wakil drp PAS yg diketuai TITM n hulubalang2nya yg hebat bergelar ulamak itu coba melihat dan merungkai skandal 1MDB dgn si Arul Kanda t.hari.
Tiba2 mrk semua sgt berpuas HATI trhdp isu 1MDB itu..sdangkan skandal itu merupakan malapetaka GELAP, yg sgt2 GELAP dan teramat2 GELAP sekali yg pernah trjd ddunia ini! Bgmn boleh trjd dgn skandal GELAP yg begitu dahsyat, tup2 mrk smua berpuas HATI? Ulamakkah begini, atau mrk ini wajib belajar basic common-SENSE n basic maths dari sekolah biasa semula??

Melalui versi teks Arab kuno serta bermodalkan ungkapan2 bahasa Arab yg kaku berbelit2 lg mengelirukan itu kita dpt melihat institusi2 kotak gelap itu tlh melahirkan produk2 'gelap' yg dgn gah nya tlh menggelarkan diri mrk sndiri sbg ulamak.. TETAPI jk dilihat dari sudut 'bahasa' CAHAYA yg maha2 terang, mrk itu smua langsung tidak layak pon utk diberi gelar atau diberi apa2 jawatan yg berkait dgn keewangan n kpentingan awam hatta mrk itu layaknya hanyalah layak utk mnjd ekor n duduk diam dibelakang shj..









LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...