JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

JOM UNDI PAKATAN HARAPAN
JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

Saturday, June 09, 2018

Tiada lagi palang di pintu utama universiti, kata Menteri Pendidikan

Oleh MALAYSIA DATELINE 

 Kementerian Pendidikan mengarahkan universiti awam (UA) supaya tidak meletakkan palang di pintu utama bagi menghalang kemasukan kenderaan dan orang awam seperti amalan sebelum ini. 

 Menterinya, Dr Maszlee Malik berkata, hal tersebut bagi mewujudkan persekitaran mesra ilmu. 

 Menurutnya, semua pentadbiran UA juga bebas menganjurkan program ilmiah seperti debat, forum dan wacana intelek seperti amalan di universiti terkemuka dunia yang lain. 

 Beliau berkata, arahan tersebut berkuatkuasa serta-merta dan semua pentadbir UA diminta menyahut seruan tersebut atas semangat menjadikan universiti sebagai medan percambahan ilmu. 

 “Saya minta Naib Canselor dan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar mematuhi arahan ini dan memastikan tiada lagi sebarang halangan kepada program seumpama itu selepas ini. 

“Perkara ini perlu diselaraskan oleh semua universiti, di mana pemantauan terhadap pematuhannya akan dibuat kementerian,” katanya kepada pemberita pada Majlis Iftar Kementerian Pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Presint 11 (1) di Putrajaya, malam tadi. 

 Jelasnya lagi, keputusan kementerian itu selaras dengan inspirasi mahasiswa yang mahu melihat universiti bebas daripada sebarang kekangan terutama dalam hal berkaitan perkongsian intelek. 

 Ketika kerajaan dikuasai rejim BN, pentadbiran UA melarang mahasiswa menganjurkan program debat, forum dan wacana akademik yang menyentuh isu semasa negara. 

 Bahkan, Dr Maszlee turut menjadi antara individu yang pernah melalui pengalaman dihalang daripada menyertai program sedemikian sebelum ini. 

 Pada 13 Mei 2015 di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) contohnya, Forum GST bertajuk “Antara Pertumbuhan Ekonomi dan Keadilan Sosial” dibatalkan serta-merta apabila mikrofon yang sedang digunakan Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli dirampas oleh seorang kakitangan keselamatan universiti itu.
Comments
2 Comments

2 comments :

Anonymous said...

Tukar dulu kangkung2 yg tak boleh berfikir bebas dan hanya ikut kehendak tuan politik mrk, walaupun mrk profesor. Ganti dgn yg berwawasan progresif, baru environ baru boleh berputik dan mendatangkan hasil

Anonymous said...

Setuju tukar kangkumg yg jenis penjilat tu dr.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...