JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

JOM UNDI PAKATAN HARAPAN
JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

Monday, June 11, 2018

Umno, Jho Low dan Khairy Jamaluddin

Saya geleng kepala gelak melihat gelagat Umno dalam keadaan ia sedang tenggelam punca dan cuba mencari arah tujunya sekarang. Tak ubah seperti lipas yang baru kena spray dengan Shelltox saja.

Siapa boleh terfikir yang Adnan Yaakob (bekas samseng taik kucing Pahang itu) boleh berkata baru-baru ini bahawa Tun Dr. Mahathir (TDM) adalah bagaikan seorang ayah kepadanya. Kemudian Zahid Hamidi (seorang makhluk yang paling tak tahu malu sekali dalam dunia) melawat TDM di pejabatnya entah untuk tujuan apalah agaknya. 

Seterusnya, Khairy Jamaluddin pula keluarkan kenyataan bahawa kerajaan PH lebih baik dari BN sebab murah hati beri peruntukkan kewangan kepada ahli parlimen pembangkang kerana BN tidak pernah buat begini kepada pihak pembangkang sebelum ini. Dan yang mutakhir sekali ialah berita mengenai parti PBB yang sekian lama menjadi tunggak dan fixed deposit BN di Sarawak tiba2 umumkan mahu keluar dari BN untuk sertai PH.

Zahid Hamidi diberitakan amat gabra dengan perkembangan ini dan cuba memujuk Abang Johari supaya jangan bertindak demikian kerana Umno-BN akan hancur kalau PBB keluar dari BN. Abang Jo pula menjawab kalau dia tidak bertindak begini, parti PBB pulak yang akan hancur pada pilihanraya negeri tahun 2021 nanti.

Inilah drama2 komedi yang sedang ditayangkan di depan mata rakyat Malaysia sekarang. 

Ehh sekejap.. saya nyaris terlupa. Si tengku palsu yang bernama Adnan Mansor pun sudah terdiam sekarang. Lebih2 lagi selepas SPRM serbu DBKL dan rampas fail2 urusan jual beli 64 lot tanah di merata-rata lokasi di KL sepanjang tempoh si-tengku palsu ini jadi Menteri Wilayah Persekutuan yang nilai jualannya mencecah sehingga RM 4.2 billion. 

Confirm mamat ni akan kena rebus hidup2 tak lama lagi. Padan muka dia. Inilah satu2nya makhluk yang memang patut dihumban saja ke dalam jel sampai kiamat. Amat korup, kurang ajar dan angkuh. 

Ini belum masuk cerita pasal Nazri Aziz, Shahrizat Jalil, Salleh Keruak, Azalina Othman, Isa Samad, Tajuddin Abd. Rahman dan yang lain2 lagi. Kalau nak bercerita tentang betapa panik dan gelisahnya semua pembesar2 Umno ini  sekarang, memang hikayat ini takkan habis 7 hari 7 malam. Masing2 ada kes mereka sendiri. 

Tapi tajuk cerita hari ini ialah tentang Umno, Jho Low dan KJ. Jadi, kita tinggalkanlah dulu kisah2 tentang otai2 malang Umno itu semua buat masa ini.

Saya mahu menyoal apa kredibiliti yang ada pada Umno sekarang kalau kita lihat sikap dan pendirian mereka terhadap Jho Low berkaitan penglibatannya dalam skandal 1MDB. Macam mana Umno ingin terus jadi pejuang bangsa dan negara, dan juga berangan untuk jadi pembangkang kerajaan yang dihormati kalau sikap dan pendirian mereka terhadap Jho Low ini sudah kecundang sejak dari awal2 lagi? 

Bagaimana mereka boleh buat tak kesah saja dengan budak cina seekor ini yang telah kencing atas kepala orang Melayu dan buat negara kita jadi huru hara? Adakah sikap dayus begini yang nak diharapkan untuk membela nasib orang Melayu?

Berbillion-billion duit kita budak cina buntal ini sapu dan joli di seluruh dunia, tapi tidak ada seekor pun pemimpin Umno yang berani buka mulut mendesak Najib dan polis bawak budak cina ni balik ke Malaysia untuk disiasat. Padahal segala bukti sudah cukup dihadapkan kepada kita oleh Department of Justice (DoJ) Amerika Syarikat, dan juga dari keputusan2 mahkamah di Singapura dan di Switzerland berkaitan skandal ini.

Bahkan pada masa kapal mewah dia dirampas oleh polis Indonesia dan FBI di perairan Bali, si Nazri gila tu siap pertahankan Jho Low lagi sampai mendidih otak Rais Yatim kena sound oleh Nazri apabila Rais Yatim buka mulut pasal budak cina ini. 

Lepas tu Nazri cari pasal lagi dengan Rafidah Aziz dalam hal yang sama. Salleh Keruak pun 2 x 5 main tag-team dengan Nazri dalam hal ini. Menteri2 lain buat bodoh saja macam ikan sepat seolah-olahnya takda apa2 yang berlaku.

Dalam keadaan Umno sungguh2 membela Jho Low macam orang mabuk, diorang tak habis2 hentam DAP tiap2 hari kata kalau DAP berkuasa, nasib Melayu akan hancur. 

Apa punya bodoh diorang ni? Budak cina seekor itu yang terang2 tengah pijak kepala Melayu dan lingkupkan negara kita, diorang sikit pun tak kata apa2. Tiba2 DAP pulak yang diorang jadikan sebagai punching bag.  

Sekarang DAP dah menang PRU bersama PH, ada kamu tengok orang Melayu mati atau makin sesak hidup? Ada Lim Kit Siang ditabalkan jadi PM Malaysia dan paksa kita semua jadi komunis? 

Di mana kredibiliti Umno sekarang? Tak malukah berkokok macam ayam yang ekornya terpalit dengan taik tapi tak sedar diri nak bagi tahu seluruh dunia kononnya merekalah pejuang hak, nasib dan maruah bangsa Melayu. Realitinya ialah mereka adalah pengkhianat bangsa kerana bersubahat dengan Najib membiarkan Jho Low curi duit kita berpuluh puluh billion. Maruah diri sendiri pun sudah terpalit di ekor ayam, tiba2 ada hati nak bela maruah bangsa pulak. 

Tolong cakap serious sikitlah wahai Umno.. Janganlah nak buat lawak bodoh saja selalu. Cuba tolong bagi tahu apa dasar perjuangan Umno sejak kalah PRU kepada seluruh rakyat Malaysia supaya kita semua boleh faham dengan jelas. 

Kalau dengan Jho Low seekor itu pun Umno boleh tumpas, apa kredibiliti yang ada pada Umno untuk dijadikan sebagai sandaran? Takkan ada masih ramai lagi orang Melayu di luar sana masih sengal hendak terus sokong Umno dalam keadaan yang dayus macam ini?

Yang betulnya ialah Umno telah benar2 mengkhianati orang Melayu. Ini serious punya cakap. Segala usaha baik yang dilakukan oleh Umno di bawah pimpinan semua Perdana Menteri sebelum Najib jadi Perdana Menteri Malaysia ke-6 pada Julai 2009 dulu, telah dimusnahkan oleh semua menteri2 umno dan ketua2 bahagian parti ini di zaman Najib, termasuklah juga semua cacing2 kerawit yang menyokong pemimpin2 parti mereka di seluruh negara.

Bingung saya lihat dan fikir kenapa tidak ada satu suara pun yang terbit dari mulut mereka mendesak Najib supaya bertindak terhadap Jho Low. 

Cuba tengok saja kelakuan Pemuda Umno, terutamanya naib ketuanya yang nama Khairul Azwan Harun. Mamat ini adalah dari kalangan kaki bodek Najib yang terunggul. Dia bersama ahli2 pergerakkan Pemuda lain tak ubah seperti orang estet yang mabuk todi. Melalak tak kena tempat macam samseng filem tamil. Tapi  dengan kes Jho Low, semuanya diam macam batu dan papan yang hanya layak digunakan untuk buat jamban kampung yang tak pakai flush. 

Wanita dan Puteri Umno pun sama. Entah kaliber apa yang diorang nampak ada pada makcik yang bela lembu dalam kondo mewah tu pun saya tak tahu. Bila makcik tu sinsing lengan dia ajak gusti dengan pembangkang yang menyoal salahlaku Najib, makcik2 lain pun sama2 sinsing lengan dan menjerit-jerit sampai berpeluh ketiak macam pompuan kena histeria di asrama. Tapi dalam bab Jho Low, haram sepatah pun semua makcik2 ni tak keluar suara.

Ini semua adalah kisah benar untuk Melayu yang ada otak ambil pengajaran. Bangang sangat kalau masih nak sokong dan hidupkan biawak nazak yang bernama Umno ni. Atas alasan apa lagi yang mereka nak jadikan sebagai dasar dan tema perjuangan parti pun saya tak tahu. Entah2 mereka tetap sokong Umno hanya semata-mata kerana kepercayaan khurafat yang sudah sebati dalam diri bahawa Umno ialah berhala keramat yang wajib disembah walau dalam keadaan apa sekalipun sampai ke hari kiamat. 

Mereka masih tidak sedar bahawa seterer-terer berhala ini memerintah selama 61 tahun, akhirnya tersungkur juga disebabkan dosa dan kesalahan sendiri kerana kemaruk makan rasuah, kuat curi duit rakyat dan tak reti malu mengkhianati amanah dan kepercayaan orang Melayu serta rakyat.

Insaf dan kesal lah wahai Umno sekalian dengan kesalahan dan dosa kamu semua selama ini.  Bertaubatlah dengan sebenar-benar taubat. Akuilah kesilapan dan bagi tahu kepada rakyat bahawa kamu rasa kesal dan  bersalah kerana telah menyokong kemungkaran Najib Razak secara membabi buta sebelum ini. 

Selagi kamu tidak buat begini, selagi itulah kamu semua adalah orang yang paling bangsat sekali di Malaysia. Kenapa kamu masih tetap degil tidak mahu mengaku bersalah walaupun kamu tahu kamu bersalah? 

Bagaimana hendak maju ke depan dan jadi pembangkang yang dihormati kalau benda paling basic macam ini pun kamu masih tak lepas lagi? Saya nasihatkan supaya jangan bawa sifat Iblis ini sampai masuk kubur. Menyesal tak sudah nanti.

Raya pun dah tak lama lagi. Lakukanlah perubahaan ini sekarang. Insyaa Allah kalau kamu berani mengakui kesalahan secara ikhlas, berlepas diri dari penyamun gila yang nama Najib Razak itu, dan mohon maaf kepada rakyat secara terbuka, saya percaya ramai dari kalangan rakyat akan maafkan kamu dan sanggup beri Umno  peluang kerana kredibiliti kamu akan beransur-ansur pulih selepas kamu  ambil langkah pertama yang paling penting ini. Tetapi jika kamu masih degil, maka tangggunglah nasib kamu jika mati dengan sifat Iblis ini.

Saya ingin sarankan Khairy Jamaluddin supaya jadi orang pertama ambil langkah ini dan terus bertanding sebagai Presiden Umno. Jangan buang karan dan masa nak bertanding jadi Naib Presiden. Kalau Umno dapat Presiden yang biul, takkan selesai masalah parti ini sampai bila2. Rakyat takkan angkat sebelah mata pun nak layan kamu semua nanti.

Kamu adalah seorang yang cerdik di dalam kumpulan yang salah wahai KJ. Kamu punyai bakat dan kebolehan untuk menyumbang kepada pembangunan dan pembentukan negara Malaysia yg cemerlang. Tun Dr. Mahathir pun berpendapat begini. Saya percaya beliau beri pendapat yang jujur mengenai kamu.

Negara perlukan barisan pembangkang yang berkualiti dan profesional dalam parlimen untuk pastikan supaya PH tidak besar kepala dan sentiasa dapat berkhidmat kepada rakyat dalam prestasi terbaik. Dan semesti kamu yang paling berkaliber menjadi pemimpin pembangkang yang dapat menyumbang dengan berkesan ke arah pembentukan Malaysia Baru yang cemerlang. Give PH a quality fight in the Parliament!

Persetankan Zahid dan pemimpin2 lain yang tidak bermaruah dan juga tidak tahu malu itu semua. Mereka langsung tiada kredibiliti untuk pulihkan Umno. Semakin menyampah orang dengan Umno kalau ada dari kalangan mereka yang jadi Presiden Umno nanti.

Akui sahajalah kesilapan kamu menyokong Najib sebelum ini dan nyatakan kekesalan kamu secara ikhlas. Kemudian bertandinglah untuk jawatan Presiden parti atas dasar prinsip serta idealisma yang tulin, dan bukannya atas dasar politik. Jangan play safe lagi. 

Jika ahli-ahli Umno serious inginkan perubahan, mereka akan sokong dan pilih kamu sebagai Presiden parti. Tetapi jika mereka tidak mahu berubah, maka biarlah mereka menolak kamu. 

Jika mereka tolak kamu, tinggalkan saja Umno dan ahli2nya. Tidak berbaloi untuk bersama orang2 yang terlalu obses dengan berhala mereka dan masih buta kepada kebenaran. They don't deserve you. 

Jadi wakil rakyat bebas di Parlimen saja dah cukup. Sekurang-kurangnya rakyat akan melihat kamu sebagai pemimpin yang berprinsip dan relevan dalam konteks negara yang sedang bangga bergerak maju ke hadapan dengan sumbangan usaha yang  berkesan dari wakil2 rakyat yang berkualiti. 

Ayuh KJ!! Mari sama2 bina Malaysia Baru yang cemerlang. Bertandinglah untuk jawatan Presiden Umno dan lakukan perubahan yang radikal kepada parti ini selari dengan kehendak rakyat sebelum ia pupus seperti dinosaur. ~ kopipes
Comments
1 Comments

1 comment :

Anonymous said...

Hanya sekali KJ komen ia itu menyesal kerana tak nasihatkan Najib. Selepas itu tidak ada lagi.

Sepatutnya KJ tidak berhenti di situ apalagi Syed Ali juga mempersoalkan mengenai duit berjuta didalam kediaman Najib.

UMNO perlukan Najib sebagai korban. Kerana UMNO kalah sebab Najib dan bukan nya keran tolak parti.

Seseorang yang layak jadi Presiden ialah pemimpin yang lantang mempersoalkan mengenai penglibatan Jho Low yang seterusnya membawa kepada peranan Najib.

UMNO tidak bertindak tepat dengan tidak bercakap mengenai Jho Low sebaliknya bercakap mengenai menjadikan UMNO parti semua kaum.

Pemimpin seperti Tun Mahathir, DSAI, Muhyiddin walau pun telah berumur tidak menjadi masalah kerana mereka berjaya merampas kuasa.

Tetapi dalam UMNO, umur perlu di ambil kira kerana untuk merampas semula adalah tugas yang sangat berat. Ku Li, Zahid dan lain-lain akan bertambah umur lagi 5 tahun dan ketika itu juga KJ sudah di kira tua.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...